Menurutnya, polis menerima aduan pada jam 1.55 tengah hari mengenai seorang wanita tidak sedarkan diri di dalam kenderaan berkenaan.
“Sepasukan polis telah sampai ke lokasi kejadian untuk mengesahkan aduan orang awam tersebut dan mendapati seorang wanita dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu hadapan.
“Pihak bomba dari Balai Bomba Tabuan Jaya telah dihubungi bagi membantu membuka pintu kenderaan tersebut kerana terkunci dari dalam,” katanya dalam kenyataan pada Khamis (30 Okt).
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati wanita terbabit sudah meninggal dunia dan disahkan oleh pembantu perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS).
Alexson berkata, wanita berusia lingkungan 20-an itu merupakan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan Tabuan Jaya.
Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Mereka yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua Polis Balai Sekama, Asisten Superintenden Simon Anak Renang di talian 016-8547803, Balai Polis Sekama di talian 082-332522 atau tampil di balai polis berhampiran.
