Kempen Kitar Semula MPP galak komuniti Padawan hidupkan semangat hijau

Majlis Perbandaran Padawan (MPP) mengajak orang ramai menyertai Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula, Sisa Elektrik/Elektronik dan Pengumpulan Minyak Masak Terpakai serta Sumbangan Pakaian Terpakai.

Menurut MPP menerusi hantaran di laman sosial rasminya, program ini akan berlangsung pada 8 November ini (Sabtu), dari 8 pagi hingga 12 tengah hari di tempat parkir Pusat Komersial berdekatan JPJ Batu 11.

📍 Lokasi kempen: Klik di sini untuk arah ke lokasi

Program anjuran MPP itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi dan pertubuhan termasuk Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), DNS Waste Management Sdn Bhd, Kim Huang Enterprise dan Tzu Chi Foundation Kuching.

Antara bahan yang boleh dibawa untuk dijual semasa kempen ialah kertas dan surat khabar lama, botol plastik, tin makanan atau minuman, besi buruk, serta sisa elektrik dan elektronik (e-waste) seperti peralatan rumah kecil yang tidak lagi digunakan.

Selain itu, minyak masak terpakai juga akan diterima untuk dikumpulkan bagi tujuan kitar semula tenaga, manakala pakaian terpakai boleh disumbangkan kepada Tzu Chi Foundation Kuching untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

MPP turut memaklumkan bahawa senarai harga bahan kitar semula, sisa elektrik/elektronik dan minyak masak terpakai turut disediakan di lokasi bagi memudahkan orang ramai membuat penukaran secara tunai.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *