Sebuah rumah di Kampung Gita Lama, Kuching gempar apabila bahagian dapurnya tiba-tiba roboh dalam insiden berlaku kira-kira jam 10 pagi, Sabtu (13 Sept 2025).
Sarawak Edition yang pergi ke tempat kejadian difahamkan bahawa seramai sembilan penghuni rumah berkenaan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Menurut maklumat yang diperoleh, seorang penghuni baru sahaja selesai menggunakan ruang dapur berkenaan.
Beberapa minit selepas dia ke ruang tamu, bahagian dapur rumah tersebut runtuh.

Seorang saksi memberitahu dia terdengar bunyi dentuman kuat yang datang dari arah rumah itu ketika kejadian berlaku.
Tinjauan Sarawak Edition ke lokasi mendapati kerja-kerja memasang dinding sementara pada bahagian dapur yang roboh sedang dilakukan oleh beberapa individu.
Difahamkan juga semua penghuni telah berpindah ke sebuah homestay yang berdekatan pada sebelah petang atas faktor keselamatan susulan kejadian itu.