UNIQLO mengalu-alukan kehadiran pelanggan ke stor Bintang Megamall, Miri yang kini berwajah baharu dengan pelbagai ganjaran menarik bermula 7 November hingga 9 November 2025, sempena pembukaan semula stor pakaian pilihan ramai ini.

Tiga aktiviti utama disediakan khas buat pelanggan yang berkunjung sepanjang tempoh tersebut, dengan hadiah eksklusif untuk dimenangi selagi stok masih ada.

Seterusnya, bermula 7 hingga 9 November, pelanggan boleh merebut gantungan kunci tenunan eksklusif (exclusive woven keychain) yang akan dihadiahkan kepada 250 pelanggan pertama setiap hari yang hadir ke stor berkenaan.

Bagi pelanggan yang berbelanja RM250 dan ke atas dalam satu resit sepanjang tempoh sama, mereka layak menerima beg tote “UNIQLO Miri” edisi khas yang dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada komuniti setia di bandar ini.
Dinaik taraf, lebih luas dan selesa
Selepas beberapa bulan kerja naik taraf, stor UNIQLO Bintang Megamall kini dibuka semula dengan konsep baharu yang lebih luas dan moden, bersesuaian dengan tema “Upgraded to Serve You Better”.
Stor yang sebelum ini beroperasi di satu tingkat kini diperluas kepada dua tingkat, sekali gus menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan menyeluruh kepada pelanggan.
Reka bentuk dalaman yang dikemas kini menampilkan paparan koleksi LifeWear lengkap untuk lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi, dengan susun atur yang lebih tersusun, ruang paparan lebih terang dan interaktif, serta kemudahan yang meningkatkan keselesaan pengunjung.
Destinasi gaya hidup pilihan di Miri
Pembukaan semula stor ini bukan sekadar memperkenalkan ruang fizikal baharu, tetapi juga menjadi simbol penghargaan UNIQLO terhadap sokongan berterusan masyarakat Miri dan pengunjung dari Brunei.
UNIQLO terus komited menyediakan pakaian harian berkualiti tinggi yang menepati gaya hidup moden dan praktikal, selaras dengan falsafah LifeWear – pakaian untuk semua, setiap hari.
-
- Kunjungi UNIQLO Bintang Megamall Miri dan alami sendiri pengalaman membeli-belah baharu yang telah “Upgraded to Serve You Better.”
-
- Promosi sah dari 7 November hingga 9 November 2025.
-
- Maklumat lanjut di: Uniqlo FAQ