Baju sekolah mangsa yang masih hilang dikhuatiri dibaham buaya di Batang Paloh yang diletakkan keluarganya di tebing sungai di kawasan jeti Rh Jingga, Kelai, Pulau Bruit dekat Daro.
Menurut Tuai Rumah Jingga, baju dan peralatan ‘ngampun’ diletakkan dengan tujuan agar mangsa ditemui dengan segera.
“Acara ‘ngampun’ tu tujuannya, enti ia agi idup jampat temu, enti ia udah nadai pun ngasoh ia jampat timbul.
“Ngasoh kitai ia ke idup tu cari nya dipermudahkan urusan,” kata Tuai Rumah Jingga yang ditemui Sarawak Edition di lokasi kejadian pada Ahad.
Pada 26 Disember 2025, remaja lelaki berumur 14 tahun, Augustine Fernando Ak Nyalong hilang dalam sungai selepas disambar buaya ketika menjala udang di tebing sungai bersama 4 rakannya yang lain.
Menurut info pihak bomba, setakat lewat petang Ahad (28 Dis), mangsa belum ditemui.
Ops SAR yang digerakkan PDRM, Bomba dan Penyelamat, APM, SFC dan orang kampung akan disambung pada hari ini (Isnin).