Kaduk reda kereta mewah terbakar

Pempengaruh media sosial, Kaduk, reda selepas kereta mewah jenis Lotus Elise miliknya musnah dalam kebakaran di Jalan Kuching–Serian pada petang Ahad (7 September 2025.

Dalam hantaran di laman sosialnya, Kaduk meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan itu terbakar sepenuhnya.

“Alhamdulillah saya tak apa-apa. Takpe, kereta boleh saya cari ganti. Yang penting kenangan bersama Lotus Elise ni saya tak akan lupa selamanya. The best car ever,” tulisnya.

https://www.facebook.com/share/p/16nhm7MNSd/

Dalam gambar yang menunjukkan dia memegang stering dan telefon bimbit, Kaduk tetap mengukir senyuman tanda reda atas kejadian menimpanya.

Menurutnya, walaupun sedih dengan kejadian itu, beliau memilih untuk bangkit semula dan meneruskan kehidupan.

“Dah puas nangis, so just move on jak sebab hidup mesti diteruskan,” ujarnya.

Kaduk turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang membantu cuba memadamkan api serta pihak yang menghubungi bomba.

Beliau juga berterima kasih kepada anggota bomba yang bertungkus-lumus mengawal kebakaran sehingga operasi tamat dengan selamat.

“Sesungguhnya, setelah kesulitan ada kemudahan. Insya-Allah,” katanya lagi.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan sebuah kereta Lotus Elise terbakar 100 peratus di Jalan Kuching–Serian berhampiran Batu 12.

Dalam kejadian jam 5.46 petang itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Siburan digerskkan ke lokasi dengan enam anggota bersama sebuah jentera CFRT dan EMRS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *