Tentang Kami

Sarawak Edition ialah platform media digital yang menumpukan kepada penyebaran berita, kisah komuniti dan pembangunan sosioekonomi di Sarawak. Ditubuhkan dengan matlamat memperkukuh suara rakyat tempatan, kami berfungsi sebagai jambatan maklumat antara kerajaan, masyarakat dan sektor swasta, melalui pelaporan yang sahih, beretika dan berpaksikan fakta.

Kami menggabungkan kewartawanan profesional dengan pendekatan kandungan moden — merangkumi berita rasmi, rencana khas, laporan lapangan, serta kandungan video dan visual interaktif — bagi memastikan setiap cerita yang diterbitkan memberi nilai kepada pembaca dan penonton.

Melalui rangkaian platform digital seperti Facebook, TikTok, Instagram, Threads, WhatsApp Channel dan sarawakedition.com, Sarawak Edition kini menjadi antara medium tempatan paling berpengaruh dengan capaian jutaan pengguna setiap bulan. Komitmen kami adalah untuk mempersembahkan berita yang membina, menginspirasi serta menggambarkan realiti masyarakat Sarawak dalam konteks kemajuan negeri dan aspirasi PCDS 2030.

Kami percaya bahawa setiap suara wajar didengar dan setiap kisah mempunyai nilai untuk dikongsi. Justeru, Sarawak Edition terus berusaha menjadi sumber berita tempatan yang dipercayai serta rakan strategik dalam memperkukuh ekosistem media digital Sarawak.