Urrofi kagum minyak murah, lebuh raya tanpa tol dan pemandu berhemah di Sarawak

Pengembaraan content creator Indonesia, Urrofi bersama rakan-rakannya baru-baru ini menjadi bualan apabila mereka teruja dengan pengalaman pertama kali memandu merentas sempadan ke Sarawak.

Menerusi gambar carousell yang dikongsikan menerusi TikTok berjudul Surat Terbuka Untuk Indonesia di dia meninggalkan coretan tentang apa yang dilaluinya ketika berada di Sarawak.

Rombongan kecil itu menaiki pikap Toyota Hilux, bermula dari Kalimantan sebelum masuk melalui pintu sempadan Entikong–Tebedu. 

Misi mereka cukup berani – menjelajah seluruh Pulau Borneo melalui jalan darat, termasuk Sarawak, Brunei, Sabah dan kembali semula ke Kalimantan.

Apa yang paling menarik perhatian mereka sepanjang berada di Malaysia ialah harga bahan bakar yang lebih murah berbanding di negara asal. Isi penuh tangki terasa lebih ringan di poket dan memudahkan perjalanan jauh tanpa terlalu memikirkan soal kos.

Selain itu, mereka cukup kagum dengan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. Jalan yang rata dan luas memberikan keselesaan luar jangkaan. Paling mengejutkan, tiada tol dikenakan, menjadikan perjalanan panjang mereka lebih lancar dan menjimatkan.

Di Kuching pula, mereka sempat merasai sendiri budaya pemanduan masyarakat tempatan. Berbeza dengan kebiasaan di tempat lain, pemandu di sini dilihat lebih berhemah, sabar dan bertoleransi di jalan raya. Ia menambah lagi rasa selamat sepanjang mengemudi kenderaan asing di negeri orang.

Kembara lintas sempadan ini bukan sekadar rakaman konten buat Urrofi, tetapi juga pengalaman berharga yang memperlihatkan keunikan Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan. Dari harga bahan bakar, lebuh raya tanpa tol, hinggalah sikap pemandu yang mesra, semuanya meninggalkan kesan mendalam kepada kumpulan pengembara muda ini.

Urrofi — nama sebenarnya Daffa Urrofi — adalah seorang content creator, filmmaker dan kreator tech dari Indonesia. 

Ini website Urrofi – https://www.urrofi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *