119 saman dikeluarkan, lima motosikal disita dalam Operasi Cegah Jenayah IPD Kuching

Sebanyak 119 saman dikeluarkan dan lima motosikal disita dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dari malam Sabtu (15 Nov) hingga awal Ahad.

Menurut kenyataan IPD Kuching di laman sosial rasmi mereka, operasi bermula jam 10 malam hingga 5 pagi itu melibatkan empat pegawai kanan dan 36 anggota dari pelbagai bahagian serta balai di bawah pentadbiran daerah ini.

Operasi berkenaan dilaksanakan di kawasan Balai Polis Sentral, Bintawa dan Tabuan Jaya, merangkumi sekatan jalan raya, pemeriksaan pusat hiburan, rondaan cegah jenayah, pemantauan aktiviti samseng jalanan serta tumpuan di lokasi panas jenayah.

“Sepanjang operasi, 1,287 individu dan 852 kenderaan diperiksa. Sebanyak 119 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik selain lima motosikal disita di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” menurut kenyataan itu.

IPD Kuching turut memaklumkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik melakukan pemeriksaan di sebuah pusat hiburan dan menahan lima individudi bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis menegaskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning
Warning
Warning

Warning.