Hej Kuching, kita akan bertemu tidak lama lagi!
IKEA Malaysia akan membuka gedung pertamanya di Malaysia Timur hujung tahun ini, bagi membawa pengalaman IKEA lebih dekat kepada rakyat Sarawak. Gedung baharu ini memperkukuh kehadiran IKEA di rantau ini, yang sebelum ini disokong melalui e-dagang dan perkhidmatan pemenuhan pesanan. Pelanggan kini berpeluang mendapatkan inspirasi kelengkapan rumah, meneroka pelbagai produk serta menikmati kepakaran IKEA secara lebih dekat.

Berbeza daripada empat gedung IKEA berskala besar yang kini beroperasi di Malaysia, IKEA Kuching memperkenalkan gedung berformat kecil, yang direka untuk menghimpunkan pengalaman IKEA dalam suasana yang lebih kompak dan mudah diterokai. Format ini direka bagi memudahkan pelanggan mencari inspirasi dan penyelesaian yang sesuai, sama ada untuk membuat penambahbaikan kecil di rumah, merancang sesuatu ruang atau melengkapkan keseluruhan kediaman.
Menjelang pembukaan IKEA Kuching, IKEA meluangkan masa untuk memahami cara hidup masyarakat setempat, termasuk mengunjungi beberapa kediaman di Kuching bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentang keperluan, cabaran dan aspirasi harian mereka.

Pembukaan IKEA Kuching merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan IKEA Malaysia untuk menjadikan kelengkapan rumah yang direka dengan baik dan berfungsi mudah diakses oleh lebih ramai orang. Menjelang pembukaan IKEA Kuching, IKEA Malaysia juga akan mula bekerjasama dengan komuniti setempat bagi membentuk pasukan rakan sekerja di Kuching. Tumpuan akan diberikan kepada penyediaan peluang kepada bakat tempatan untuk berkembang bersama IKEA, serta membantu membawa pengalaman IKEA kepada masyarakat Sarawak.
IKEA Kuching dijangka dibuka kepada orang ramai pada Disember 2026, dengan maklumat lanjut mengenai kedai, tarikh pembukaan rasmi dan pelbagai aktiviti menarik yang menanti pelanggan akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.