Penutupan jalan sempena Sarawak Regatta 2025 dan Kuching Waterfront Festival 2025

Penutupan jalan semasa Majlis Perasia dan Majlis Penangguhan Regatta Sarawak 2025. Gambarajah: PDRM

Sarawak Regatta 2025 dan Kuching Waterfront Festival akan diadakan mulai 24 Oktober 2025 hingga 2 November 2025 di Tebingan Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata bagi melancarkan perjalanan program dan pergerakan aliran trafik, PDRM akan membuat penutupan atau lencongan jalan di lokasi seperti berikut:

Antara jalan yang terlibat semasa Majlis Perasmian Sarawak Regatta 2025 pada 24 Oktober (Jumaat) ialah Jalan Gambier ke Jalan Main Bazaar dan Lebuh Wayang ke Jalan Main Bazaar bermula jam 7 pagi hingga 6 petang.

Pada hari yang sama, penutupan turut membabitkan Lebuh Temple ke Lebuh Wayang serta susur dan lampu isyarat St Mary menghala ke Lebuh Wayang dan Jalan Pearl ke Jalan Wawasan dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang.

Sementara itu, semasa Majlis Penangguhan Sarawak Regatta 2025 pada 2 November (Ahad), penutupan jalan yang sama akan dilaksanakan dalam tempoh waktu yang serupa.

“PDRM memohon kerjasama orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan serta dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelak kesesakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa (21 Okt).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *