Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan seorang lelaki dan seorang wanita dalam serbuan awal pagi di hadapan sebuah premis kedai di Matang Jaya, Kuching pada Selasa (16 Dis).
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superitendan Mohd Irwan Hafiz bin Md Radzi, dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, polis menahan lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 28 tahun yang berada di dalam sebuah kereta.
Polis turut merampas pelbagai jenis dadah disyaki syabu, ketamin, erimin 5 serta serbuk campuran ecstasy.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM13,789.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.