Hasil kenaikan duti rokok dan alkohol disalurkan kepada KKM

Hasil tambahan daripada kenaikan kadar duti eksais ke atas produk rokok dan minuman keras akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi melaksanakan Inisiatif Kesihatan Paru-Paru serta rawatan diabetes dan penyakit jantung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2026 pada Jumaat berkata, kenaikan kadar duti eksais itu berkuat kuasa mulai 1 November 2025.

Bagi mengurangkan prevalens (kadar) perokok di Malaysia, kadar duti eksais ke atas produk rokok dinaikkan seperti berikut:

• Rokok naik 2 sen setiap batang;

• Cigars, cheroots dan cigarillos naik RM40 sekilogram;

• Produk heated tobacco naik RM20 sekilogram kandungan tembakau.

Selain itu, bagi mengurangkan akses kepada minuman beralkohol dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat, kadar duti eksais bagi produk minuman keras turut dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *