Lebih daripada 1,000 pemilik Isuzu D-Max berkumpul dan meraikan Hari Kemerdekaan ke-68 dengan menyertai Konvoi Merdeka Isuzu di beberapa lokasi di seluruh negara.
Konvoi berkenaan bermula dari 39 premis pengedar sah Isuzu di seluruh negara dan menyaksikan sejumah 1,028 buah Isuzu D-Max ikut serta dalam aktiviti menjelajahi pelbagai laluan serta lokasi menarik di negeri masing-masing dalam usaha untuk memperagakan semangat patriotik serta meluangkan masa bersama rakan dan taulan.
Ketika acara perlepasan konvoi di Seremban, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi berbangga dengan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh penyatuan pelbagai golongan warga Malaysia ketika memperingati peristiwa bersejarah tersebut.
“Konvoi Merdeka Isuzu menjadi platform yang bermakna bagi semua pelanggan kami untuk menunjukkan semangat patriotik serta rasa bangga mereka sebagai warga Malaysia.
Sangat mengujakan untuk melihat pelbagai lapisan masyarakat berkongsi satu kecintaan yang sama terhadap negara ini dan meraikan detik bersejarah tersebut bersama,” jelas Yamaguchi.

Dianjurkan oleh beberapa pengedar Isuzu di seluruh negara, Konvoi Merdeka Isuzu tahun ini menyaksikan pemilik D-Max bersama dengan keluarga mereka menyertai aktiviti seperti kunjungan ke dusun, perkelahan, makan durian, lawatan ke lokasi tarikan pelancong, kunjungan ke pulau-pulau serta terlibat dalam permainan ekstrim.
Ketua Pegawai Operasi Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan Isuzu, Kenichi Kudo menambah, Konvoi Merdeka Isuzu juga menjadi acara yang ideal untuk mempertemukan pelanggan dan mengunjungi lokasi menarik di Malaysia menggunakan trak pikap yang paling cekap tenaga dan tahan lasak milik mereka.
“Selain peluang untuk meraikan penyatuan warga dalam semangat Merdeka, Konvoi Merdeka Isuzu juga merupakan peluang bagi pemilik untuk menikmati keseronokan memandu Isuzu D-Max sekali gus menikmati keindahan Malaysia,” jelas Kudo.