UNIQLO kembali meriahkan Miri, promosi eksklusif menanti di Bintang Megamall

Peminat fesyen di Miri kini mempunyai sebab untuk teruja.

UNIQLO kembali membuka pintunya kepada para pelanggan yang dihargai di Bintang Megamall dengan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa serta pelbagai ganjaran eksklusif sepanjang tempoh pembukaan semula bermula 7 hingga 9 November 2025.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, 250 pelanggan pertama setiap hari berpeluang menerima rantai kunci tenunan eksklusif yang direka khas sempena pembukaan semula ini.

Bagi pelanggan yang membuat pembelian sebanyak RM250 dan ke atas dalam satu resit, mereka akan menerima beg edisi khas “Miri” UNIQLO, iaitu simbol istimewa yang meraikan komuniti dan gaya hidup warga utara Sarawak.

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai tawaran menarik sempena pembukaan semula ini, antaranya:

  • Soft Knitted Fleece pada harga istimewa RM59.90 (harga asal RM79.90)
  • Fluffy Yarn Fleece Full-Zip Jacket hanya RM99.90 (harga asal RM129.90)
  • Fleece Full-Zip Jacket ditawarkan pada RM99.90 (harga asal RM129.90)

Rangkaian fleece UNIQLO terkenal dengan keselesaan dan gaya serba guna. Ia sesuai dijadikan lapisan tambahan ketika melancong ke destinasi musim sejuk atau dipakai di pejabat berhawa dingin.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini, layari
👉 https://faq-my.uniqlo.com/pkb_Home_UQ_MY?id=kA0fR0000000cdB

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *