Polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun selepas didakwa mencabul seorang pelajar perempuan di sebuah rumah di Lawas.
Menurut Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan, pihaknya menerima laporan pada 26 Oktober 2025 daripada mangsa.
“(Mangsa) menyatakan dia telah dicabul oleh saudaranya semasa menumpang tidur di rumah saudara semasa cuti sekolah hujung minggu. Kejadian berlaku di sebuah rumah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa (28 Okt).
Menurut DSP Liong, pemeriksaan dalam rumah menemui satu laras senapang patah dan tiga butir peluru senapang patah.
Semakan mendapati sespek tidak memiliki sebarang lesen senjata api.
Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut pihak polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) AKSTK 2017 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
Semakan kesalahan lampau mendapati saspek mempunyai tiga kesalahan lampau berkaitan dadah.
Dalam operasi berasingan pada hari yang sama, bertempat di sebuah rumah, sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Pemeriksaan telah dibuat terhadap rumah, kereta dan motosikal saspek tetapi tidak menemui barang salah. Hasil ujian air kencing mendapati saspek positif dadah jenis AMP/METH.
Semakan kesalahan lampau mendapati saspek tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen15(1)(a) ADB 1952
