Serbuan Pasukan Polis Marin (PPM) ke atas sebuah premis di Bandar Riyal, Kota Samarahan pada Isnin (20 Okt) berjaya merampas pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang tidak bercukai dan tidak mempunyai pelekat setem Kastam Diraja Malaysia.
Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, ACP Haji Ab Rahman Bin Mat Hasan berkata dalam serbuan pada 1.50 tengah hari itu, seorang lelaki warga tempatan yang disyaki penjaga premis tersebut turut ditahan.
“OYDS ditahan dan diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kastam 1967.
“Tangkapan dan barang rampasan diserah kepada Pegawai Penyiasat BJSJ IPD Kota Samarahan, Sarawak untuk tindakan dan siasatan dibawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan pada Khamis (23 Okt).
Jumlah keseluruhan nilai rampasan lebih kurang RM 380,220.00.
Menurutnya, barang siapa melakukan kesalahan dibawah Akta Kastam 1967 ( Sek. 135 (1) (d) iaitu:
Memiliki/ menyimpan/ menyembunyi/ mempunyai apa-apa barangan tidak berkastam atau barang larangan, di mana jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
