Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS): Membantu Perniagaan di Malaysia Timur dengan Pengurusan Bahan Api Kenderaan Komersial yang Lebih Pintar melalui Cardless PETRONAS SmartPay

Di seluruh Sabah, Sarawak dan Labuan, kenderaan komersial memainkan peranan penting dalam memastikan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Daripada syarikat logistik, perladangan, kontraktor, pemborong hinggalah penyedia perkhidmatan, pengurusan pengangkutan yang cekap amat penting bagi mengekalkan produktiviti, mengawal kos serta memenuhi keperluan pelanggan merentasi kawasan geografi yang luas.

Seiring dengan perluasan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ke Malaysia Timur, perniagaan kini melangkah ke fasa baharu dalam pengurusan bahan api. Dengan pelaksanaan mekanisme kawal selia yang mengutamakan ketelusan dan akauntabiliti, pengurusan perniagaan pada era digital kini semakin berteraskan teknologi.

Menyedari keperluan yang semakin berkembang ini, Cardless PETRONAS SmartPay oleh Setel menawarkan penyelesaian pengurusan bahan api sektor pengangkutan yang sepenuhnya digital, direka khas untuk membantu perniagaan memudahkan pengurusan bahan api, memperkukuh pemantauan serta meningkatkan kecekapan operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Abdullah Ayman Awaluddin berkata, “Pendigitalan kini mengubah cara perniagaan beroperasi dan ini termasuk aspek pengurusan bahan api. Apabila sesebuah organisasi berkembang, mereka memerlukan penyelesaian yang bukan sekadar memudahkan operasi harian, malah menawarkan kawalan yang lebih baik terhadap sumber perniagaan yang kritikal. Cardless PETRONAS SmartPay dibangunkan bagi membantu syarikat perniagaan menguruskan pembelian bahan api dengan lebih cekap melalui sistem digital yang lancar, memudahkan pengurusan operasi serta mengurangkan kerumitan urusan harian.”

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Abdullah Ayman Awaluddin

Kaedah Pengurusan Bahan Api Sektor Pengangkutan Lebih Pintar Tanpa Kad

Pengurusan bahan api sektor pengangkutan secara lazimnya melibatkan pelbagai proses manual seperti pengeluaran kad fleet fizikal, pengendalian resit, penjejakan perbelanjaan dan penyelarasan transaksi. Proses-proses ini bukan sahaja memakan masa, malah boleh mengehadkan ketelusan operasi serta mendedahkan perniagaan kepada risiko penyalahgunaan dan ketidakpatuhan.

Menerusi Portal Cardless PETRONAS SmartPay, pengurus kenderaan syarikat boleh mencipta kad SmartPay digital untuk pemandu berdaftar yang dipautkan terus kepada akaun Setel mereka.

Setiap transaksi dapat direkodkan dengan selamat dan dipaparkan dalam papan pemuka berpusat (dashboard), membolehkan pengurus syarikat memantau pembelian bahan api secara langsung, mengakses resit digital, menjana laporan serta menetapkan kawalan seperti jenis bahan api, kekerapan pengisian dan stesen PETRONAS yang ditetapkan.

Melalui pendigitalan proses pembelian bahan api, syarikat perniagaan memperoleh pengurusan perbelanjaan bahan api yang lebih cekap, pemantauan operasi yang lebih berkesan serta aliran kerja pentadbiran yang lebih sistematik.

Menyokong Perniagaan Menjelang Perluasan SKDS

Selepas proses pendaftaran Cardless PETRONAS Smartpay melalui Setel dilengkapkan, syarikat boleh mula menguruskan baki bahan api, akses pemandu serta memantau transaksi melalui satu platform bersepadu. Ini bukan sahaja mengurangkan urusan pentadbiran, malah menjadikan pengurusan kenderaan syarikat lebih cekap dan teratur.

Pemandu pula dapat menikmati pengalaman mengisi minyak tanpa kad dan tanpa tunai yang lebih mudah, manakala pengurus kenderaan syarikat memperoleh pemantauan yang lebih luas serta kawalan yang lebih menyeluruh ke atas penggunaan bahan api.

Sebagai nilai tambahan, perniagaan yang layak dan berjaya mengaktifkan akaun Cardless PETRONAS SmartPay kini berpeluang menikmati manfaat istimewa secara percuma, tertakluk kepada terma dan syarat, sekali gus memudahkan peralihan kepada kaedah pengurusan bahan api yang lebih pintar dan cekap.

Lebih Fleksibel, Kurang Beban Pentadbiran

Bagi terus menyokong operasi perniagaan, Setel meningkatkan had tambah nilai Cardless PETRONAS SmartPay, sekali gus memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada syarikat dalam mengurus pembayaran bahan api.

Penambahbaikan yang dibuat termasuk ciri ‘Auto Top-Up’ yang secara automatik menambah baki Cardless PETRONAS SmartPay apabila ia berada di bawah paras yang telah ditetapkan.

Ciri ini membantu mengurangkan proses manual, meminimumkan risiko baki tidak mencukupi semasa operasi dan memastikan kenderaan sentiasa bersedia dan lancar untuk digunakan.

Gabungan kemudahan ini memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pengendali syarikat pengangkutan dengan mengurangkan beban pengurusan sambil meningkatkan kesinambungan operasi dan kemudahan penggunaan.

Membawa Masa Depan Bagi Pengurusan Sektor Pengangkutan

“Perluasan pelaksanaan SKDS merupakan satu langkah penting dalam usaha pendigitalan sistem subsidi Malaysia, namun ia juga mencerminkan perubahan yang lebih besar ke arah operasi perniagaan yang lebih pintar dan saling berhubung. Kami melihat ini sebagai peluang untuk perniagaan mengadaptasi cara moden bagi mereka mengurus bahan api, meningkatkan kecekapan serta memperkukuh daya tahan operasi. Melalui Cardless PETRONAS SmartPay, kami berkomited untuk menyokong perniagaan dengan penyelesaian digital yang menjadikan pengurusan syarikat pengangkutan lebih mudah, telus dan berkesan,” tambah Ayman.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cardless PETRONAS SmartPay dan perluasan SKDS, layari www.setel.com/business/fuel atau ikuti saluran media sosial rasmi Setel bagi mendapatkan perkembangan terkini.