Pendaftaran Santubong International Nature Trail Run 2025 kini dibuka

Pendaftaran bagi Santubong International Nature Trail Run 2025 kini dibuka dengan acara dijadualkan berlangsung pada 23 November 2025 di Santubong National Park.

Larian ikonik anjuran Sarawak Forestry Corporation (SFC) itu menawarkan empat kategori jarak iaitu 20KM, 10KM, 6KM dan 3KM, sesuai untuk pelari berpengalaman mahupun pemula.

Laluan 20KM akan membawa peserta melalui denai hutan hujan tropika yang mencabar serta lokasi bersejarah Wallace Centre, menjadikan acara ini gabungan unik antara sukan, alam semula jadi dan warisan.

Tempat adalah terhad dan pendaftaran boleh dibuat di santubongtrail.com.