Kampung Budaya Sarawak kekal dibuka, hanya Baruk Bidayuh terjejas kebakaran

Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village-SCV) kekal dibuka kepada pengunjung meskipun satu daripada struktur utamanya, Baruk Bidayuh, musnah dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 7.30 malam Ahad (12 Okt 2025).

Menurut kenyataan pihak pengurusan Kampung Budaya Sarawak, pasukan Bomba dan Penyelamat Petra Jaya bertindak pantas memadam kebakaran berkenaan dan berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah budaya lain di kawasan berkenaan.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Kami ingin menegaskan bahawa hanya Baruk Bidayuh terjejas, manakala semua rumah budaya serta kemudahan lain kekal utuh dan selamat dilawati,” menurut kenyataan itu sejurus kebakaran itu berjaya dikawal dan dipadam.

Zaini Pengarah Jualan dan Pemasaran SCV.

Pihak pengurusan turut memaklumkan bahawa kawasan terjejas akan ditutup sementara bagi tujuan keselamatan dan siasatan punca kejadian.

“Siasatan segera sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran. Keutamaan kami ialah keselamatan pelawat dan pemuliharaan warisan budaya yang menjadi identiti negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Kampung Budaya Sarawak merakamkan penghargaan kepada pasukan bomba atas tindakan pantas serta profesionalisme mereka dalam mengawal insiden tersebut.

Turut berada di lokasi, Ketua Pegawai Eksekutif SCV dan Zaini Pengarah Jualan dan Pemasaran SCV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *