google.com, pub-2001335470115336, DIRECT, f08c47fec0942fa0

Tiga mangsa terakhir bot karam di Saratok ditemui meninggal dunia

Tiga mangsa bot karam di Sungai Krian dekat Saratok ditemui meninggal dunia pagi ini (28 Sept 2025), sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari kedua.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Anak Manggil berkata, ketiga-tiga mangsa iaitu Karyono, Gunawan Pawadi dan Dudianto Yapani, semuanya warganegara Indonesia, ditemui antara jam 7.45 pagi hingga 9.30 pagi di kawasan Lubok Nibong dan Kupang-Kaba.

“Kesemua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Saratok untuk pengecaman dan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam kejadian 26 September lalu, bot membawa 10 pekerja binaan jambatan Sungai Krian karam ketika perjalanan pulang dari Pusa. Enam selamat, manakala empat hilang.

Seorang mangsa pertama iaitu juragan bot, Mohammad Asfar Bin Sulaiman, ditemui meninggal dunia pada Sabtu, manakala tiga lagi mangsa ditemui pada Ahad.

Operasi SAR digerakkan PDRM, JBPM, APM serta orang awam ditamatkan tengah hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *